Monday, November 3, 2014

Permulaan pengembaraan yang berliku

assalamualaikum,

okay, ni bukan first time buat blog, wahaha, dah pernah buat 3 kali rasanya. lepastu asyik tergendala je. hmm banyak benda nak cerita. tapi chill dulu, hehe. pelan pelan kayuh, banyak masa kan. introducing diri dulu ye, boleh panggil aku Tia, aku berumur 19 tahun pada 2014. hehe. masih study lagi kat poli merlimau, course pengurusan hotel dan katering. 

tujuan buat blog kali ni lebih kepada nak share pasal penyakit aku sekarang. rasanya ramai yang dah tahu kan? dah tahu bagus lah, tak payah cerita lagi, okay bai! kgurau

sebenarnya aku sakit buah pinggang. buah pinggang atau kidney aku dah rosak. soalan yang biasa aku dapat is, 

"dua dua kidney ke rosak?"

adik, kakak, abang, makcik, pakcik, kalau 1 je kidney rosak, memang takde hal bro. kalau jadi masalah, mcm mane orang boleh derma kidney kan? dah tentu kidney dia tinggal 1 je. biasakan fikir dulu, sebelum tanya.

aku disahkan berpenyakit(gituuu) buah pinggang pada hujung bulan 5. masuk ward pada 27/5/14. semuanya bermula dengan sakit kepala yang sangat teruk. dia punya sakit tu sentiasa ade, sampai tengah tidur pun sakit, berpanjangan selama 3 hari iaitu 23/5 - 26/5. aku ingatkan biase je. makan panadol jelah. tapi tak baik jugak.

malam 26/5 tu aku rasa memang tak tahan lah. sebab sakit kepala tu tak berkurang langsung. so umi suruh check blood pressure(bp). gilaaaa ahhh, tinggi! ???/189. yang bawah tu nak dekat 200. sebelum ni aku tak pernah ade darah tinggi tau.

terus umi bawak pergi klinik, lepastu bile test bp lagi dekat kilinik, doc pun terkejut sebab tinggi sangat. doc buat surat suruh pergi hospital dan dia bagi 1 pil darah tinggi warna oren, prazosin aku rasa nama pil tu.

balik rumah dulu, kemas beg. hahahaha. sebab dah dapat agak memang warded punye. siap siap terus pergi emergency department. ramai betul orang. aku keluar kereta, terus badan tak stabil, rasa nak tumbang, Alhamdulillah umi ada.

okay, sambung next entry! muuah ciked