Tuesday, January 19, 2016

Taming sari

hahaha tajuk bukan main.

okay sambung haritu punya. umi bawak pergi emergency department lepastu duduk dulu sebab umi pergi amik wheelchair. dah siap daftar semua. lepastu pergi bilik 2. aku rasa tu bilik saringan. ada ma(medical assistant) seorang check aku. dia check bp lagi sekali, masih tinggi.

dia pergi panggil doc, doc datang lepastu dia tanya memang ada darah tinggi, aku cakap lah tak. lepastu dia ada sebut, kalau takde, kemungkinan ada masalah kidney atau faktor berat badan.

lepastu keluar. lama lepastu masuk bilik 4. soalan sama je. ada masuk bilik 7 jugak cucuk branula, orang panggil jarum masuk air. first time woo, sakit gila!

lepastu doc suruh masuk ward. umi pergi daftar, aku duduk je. masa tu dah lewat dah. pukul 3 pagi dah rasanya, pukul 3 lebih baru ada ambulans hantar pergi blok C.

wehhh bayangkan, aku duduk dekat dalam ambulans belah belakang sorang sorang. driver dengan ada sorang staff duduk depan. dah lah gelap belakang tu. aku duk bayang ade ke tak orang meninggal dalam tu. hahahahaha. ohh ye, umi bawak kereta pergi blok C. sebab tu aku duk sorang kat belakang.

check in wad pada 27/5/14 dalam kul 4 masa tu. umi tolong kemas locker tepi katil lepastu umi balik. pukul 5 lebih ke pukul 6, ade doc perempuan datang kejut. nak check.

nama dia doc nicole, cantik, baik, lemah lembut, bagus lah mcm tu kan sebab aku pun first time duk wad, taknak lah dapat bad first impression kan. hahahaha

ada amik darah jugak. banyak kali cucuk, tak dapat dapat darah, doc ckp urat halus. akhirnya dapat jugak. pagi dalam pukul 8, doc lelaki datang. nama dia dah lupa. dia check lagi sekali. haa, aku ada masalah mata jugak, mata belah kanan, hujung belah kanan, ada kabur sikit. tak tahu sebab ape.

...bersambung...

Monday, November 3, 2014

Permulaan pengembaraan yang berliku

assalamualaikum,

okay, ni bukan first time buat blog, wahaha, dah pernah buat 3 kali rasanya. lepastu asyik tergendala je. hmm banyak benda nak cerita. tapi chill dulu, hehe. pelan pelan kayuh, banyak masa kan. introducing diri dulu ye, boleh panggil aku Tia, aku berumur 19 tahun pada 2014. hehe. masih study lagi kat poli merlimau, course pengurusan hotel dan katering. 

tujuan buat blog kali ni lebih kepada nak share pasal penyakit aku sekarang. rasanya ramai yang dah tahu kan? dah tahu bagus lah, tak payah cerita lagi, okay bai! kgurau

sebenarnya aku sakit buah pinggang. buah pinggang atau kidney aku dah rosak. soalan yang biasa aku dapat is, 

"dua dua kidney ke rosak?"

adik, kakak, abang, makcik, pakcik, kalau 1 je kidney rosak, memang takde hal bro. kalau jadi masalah, mcm mane orang boleh derma kidney kan? dah tentu kidney dia tinggal 1 je. biasakan fikir dulu, sebelum tanya.

aku disahkan berpenyakit(gituuu) buah pinggang pada hujung bulan 5. masuk ward pada 27/5/14. semuanya bermula dengan sakit kepala yang sangat teruk. dia punya sakit tu sentiasa ade, sampai tengah tidur pun sakit, berpanjangan selama 3 hari iaitu 23/5 - 26/5. aku ingatkan biase je. makan panadol jelah. tapi tak baik jugak.

malam 26/5 tu aku rasa memang tak tahan lah. sebab sakit kepala tu tak berkurang langsung. so umi suruh check blood pressure(bp). gilaaaa ahhh, tinggi! ???/189. yang bawah tu nak dekat 200. sebelum ni aku tak pernah ade darah tinggi tau.

terus umi bawak pergi klinik, lepastu bile test bp lagi dekat kilinik, doc pun terkejut sebab tinggi sangat. doc buat surat suruh pergi hospital dan dia bagi 1 pil darah tinggi warna oren, prazosin aku rasa nama pil tu.

balik rumah dulu, kemas beg. hahahaha. sebab dah dapat agak memang warded punye. siap siap terus pergi emergency department. ramai betul orang. aku keluar kereta, terus badan tak stabil, rasa nak tumbang, Alhamdulillah umi ada.

okay, sambung next entry! muuah ciked